... oleh diyana ..
Wednesday, July 9, 2008 ' ♥
cerita yang terkini yang ditulis oleh diyana . !; 9:31 PM
Kamu ada cita-cita ? Kalau tidak ada . Ia tidak mengapa .
Saya ada banyak
cita-cita untuk kongsi dengan kamu
semua ! Apabila saya sudah menjadi dewasa ,
saya mahu menjadi seorang ... Nak tahu ? Bacalah !
* Guru
Saya mahu menjadi seorang guru kerana saya boleh mengajar ilmu saya kepada murid-murid .
Saya mahu sangat menjadi guru , dan apabila tiba nya hari guru saya akan menerima hadiah-hadiah daripada murid-murid ! Wahh , macam seorang terkenal yaa !!
Kamu perasan tidak bahawa ada hari guru sahaja ? Bagus kan ? Mengapa tidak ada Hari Doktor , Hari Pramugari , Hari Jururawat ? Pelik kan ?
Sampai sini sahaja lah , Bye !
Sunday, July 6, 2008 ' ♥
cerita yang terkini yang ditulis oleh diyana . !; 7:26 AM
hello ! Jumpa lagi ! Sekarang , saya hendak memberitahu tentang kegemaran mata pelajaran saya . Iaitu : Matematiks dan Bahasa Melayu .
Saya suka dengan subjek Matematiks kerana , ia menarik . Walaupun markah saya untuk subjek ini rendah , saya tetap suka akan subjek ini ! Subjek ini ada faedahnya kerana kita memerlukan subjek Matematiks dengan apa sahaja kita lakukan . Misalnya , dalam subjek Matematiks , kita mempelajari topik seperti , perpuluhan , peratus dan macam-macam lagi . Ia berguna apabila kita berada di luar apabila mengira harga-harga apabila mengadai beberapa diskaun peratus .. Bahasa Melayu pula , ia sangat senang dibaca sama seperti Bahasa Inggeris . Yang saya takutkan ialah masa untuk Lisan ! Seramnya ! Doakan saya ya ? Terima Kasih !
Sampai disini sahajalah !
Bye !
xoxo
' ♥
cerita yang terkini yang ditulis oleh diyana . !; 12:00 AM
hmm .. Kadang-kala , saya bosan hidup di Singapura . Saya juga mahu bebas dari negeri Singapura ini ! Stress ! Tetapi , dengan kerajinan dan kejayaan saya dalam masa depan saya , saya hendak melancong ke seluruh dunia (kalau boleh) . Negara yang saya mahu sangat pergi ialah : London iaitu di England & Portugal . Tetapi , saya tidak suka menaiki kapal terbang . Telinga saya sakit apabila menaikinya . Urgh ! Saya baru juga pergi ke Thailand apabila cuti sekolah saya yang lalu . Menariknya ! Saya pergi ke tempat yang dipanggil : Phuket . Ombaknya di laut itu tinggi . Itulah tempat yang telah berlaku Tsunami .. Di sana ada ramai orang Inggeris .
Itu sahaja lah .
diyana .. ♥